Monday, 3 June 2013

test

Larangan Terhadap Nurul Izzah Ke Sabah Di Tarik Balik

Maklumat tidak rasmi menyebut larangan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarikh balik hari. Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib seperti mana dilapor oleh sebuah setesen tv.

Penarikan balik itu sesuatu yang dialu-alukan dan tindakan positif. Saya percaya ia adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid. Sehubungan itu juga menurut laporan itu sesiapa juga boleh memasuki negeri di Borneo itu asalkan tidak menimbulkan masalah kepada Sabah.

Minggu lepas Nurul Izzah telah dihalang dari memasuki Sabah atas perintah Ketua Menteri Musa Aman. Izzah sudah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu diarah pulang semula ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Nurul Izzah bercadang untuk mengambil tindakan ke atas larangan itu kerana ia mencabuli perlembagaan negara ini.

Atas kelonggaran yang diberikan itu serta pembentulan demokrasi negara ini, tahniah diucapkan kepada Ahmad Zahid Hamidi. 

Penarik-balikkan larangan ke atas Nurul Izzah dan juga mana-mana tokoh politik pembangkang itu menggambarkan menteri dalam negeri mahu berdiri atas prinsip undang-undang dan perlembagaan sebenarnya. ~mso



Iklan C (ii)
  



Fakta Mengejutkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ��hilang�� melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

��Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

��Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,�� katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.



Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

��Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,�� kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.


��Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.


��Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,�� katanya lagi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Anuar Musa Sokong Kenyataan KJ


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata bidang sukan negara memerlukan menteri berkaitan yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan Khairy Jamaluddin.

Katanya tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.

"Saya yakin pandangan yang dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya di Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.



Iklan C (ii)
  

Akhirnya.. Najib Mengakui Kelemahan BN

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek menangani 'perang persepsi'.

"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi," ujarnya dalam ucapan sempena himpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Menurut Najib, perkara melibatkan persepsi ini, yang semakin menular mutakhir ini - boleh dibentuk dengan pelbagai cara.

"...  bukan saja dengan cara bersemuka (face to face) tapi kini sudah ada Facebook (untuk membentuk persepsi).

"Ini perlu kita beri perhatian, mungkin kita kurang tajam dalam perkara ini, tapi kita boleh rancang dan dengan menggunakan pengalaman kita, supaya di masa akan datang kita akan lebih lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya - bukan persepsi tapi realiti," katanya.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu adalah cerminan kepada ketelusan kerajaan untuk menjalankan pilihan raya sebaik mungkin.

Malah kerajaan begitu komited untuk melaksanakan penambahbaikan termasuk mengambil kira cadangan pihak pembangkang.

"Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya...," ujarnya lagi.

Najib berkata, ada sesetengah tuduhan yang dilemparkan terhadap PRU13, yang didapati langsung tidak masuk akal, seperti tuduhan kononnya BN membawa sehingga 40,000 'pengundi hantu' warga Bangladesh untuk memastikan kemenangan.

Ujarnya, tuduhan-tuduhan seumpama itu sudah dibangkitkan berbulan lamanya sehingga menimbulkan rasa 'paranoid' dalam kalangan yang mempercayainya.

"Ini tidak adil bagi mereka yang berkulit hitam manis yang dituduh sebagai bukan warga tempatan," ujar Najib lagi. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Inilah Ilmu Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Iklan Advertorial
BENGKEL REZEKI AGUNG KUBRA

Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Hadirlah Ke Bengkel Ini: Bagi Anda Yang Memang Perlukan Kewangan, Perniagaan Yang Maju, Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Tiada Halangan, Hambatan Dan Rintangan Dalam Urusan Kerezekian, Menjadi Kaya Dunia Dan Akhirat. Jika Anda Ingin Menjadi Jutawan Islam....Jom Ikutilah Bengkel Ini. 

Adalah dikhabarkan bahawa Saidina Uthman Ibn Affan r.a telah meminta penjelasan lanjut tentang Firman Allah SWT berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi (yang ada disebut beberapa kali dalam Al Quran), Rasulullah SAW bersabda kepadanya dengan maksud: "kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi itu adalah yang berikut.........."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: 'Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100x sehari, akan dikurniakan 10 faedah:
  • Segala dosanya yang lalu akan diampuni.
  • Terlepas dari siksaan Neraka
  • 2 orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan
  • Dikurniakan PERBENDAHARAAN Rahmat dan Berkat
  • Dia mendapat pahala seperti membesakan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi ismail as
  • Diberi pahala seperti membaca seluruh Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil 
  • Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga
  • Dia akan berkahwin dengan bidadari syurga
  • Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan
  • Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan. Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu"
Antara kelebihan tambahan bagi Amalan Rezeki Agung Kubra ini ialah:
1) Yang mengamalkannya akan mendapat rezeki yang berlimpah ruah dan tanpa diduga-duga.
2) Dapat merawat orang rabun atau buta dan beberapa penyakit lain.

Dalam keilmuan ini, ada Asma pendek yang perlu dihafalkan kerana ianya mengandungi kekuatan Rohaniah yang luar biasa bila di bacanya. 


Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.


RAHSIANYA AKAN ANDA TEMUI DI DALAM BENGKEL INI!

Masa Untuk Berubah! Dengan 3 Langkah
LANGKAH 1
Daftar
Langkah pertama, anda hanya perlu daftar secara percuma di bahagian pendaftaran. Atau anda boleh klik sini untuk ke laman tersebut. Selepas pendaftaran, kami akan menghubungi anda melalui panggilan atau SMS. Pastikan maklumat anda tepat.

LANGKAH 2
Hadir Ke Bengkel
Anda akan hadir ke bengkel pada tarikh yang dipilih, di sana segala keilmuan akan dikongsikan kepada anda. Anda akan merasa perubahan pada diri anda sewaktu bengkel ini berjalan, pandangan anda akan berubah terhadap kehidupan, kerana anda sebenarnya menuju kepada keajaiban yang akan berlaku pada diri anda.

LANGKAH 3
Lihat Dengan Mata Sendiri Perubahan Hidup Anda
Pada tahap ini, anda biasanya akan melihat akan perubahan yang berlaku pada diri anda. Dari segi kewangan, rezeki, keuntungan jualan, peningkatan kerjaya dan sebagainya yang berkaitan dengan hidup anda. Di sini, anda akan menjadi seorang manusia yang lain dari yang sebelumnya. Banyak masalah peribadi akan selesai, malah mampu pula membantu keluarga dan orang lain.

AMALAN 100% TERBUKTI BERKESAN

Peluang yang bakal mengubah hidup anda selamanya

Tempat Terhad! Dan Kami Memberi Jaminan Peribadi Bahawa Ini Adalah bengkel Yang Amat Berbaloi! Jaminan 100% Puas Hati Diberikan Oleh Kami! 

Prof.Dr.Hj Shahrin Abd. Rahman (Moderator)

TESTIMONI (Klik Sini)

"Saya telah berjaya menjual 300kg hingga 1.2 tan SEHARI!"


SAYA TELAH BERJAYA MENJUAL 300KG HINGGA 1.2 TAN SEHARI, ini amat mengejutkan kerana sebelum ini nak jual 70kg pun susah.  En.Darul Ridzuan Peniaga


TARIKH: 23 JUN 2013 (Ahad)
YURAN: RM180
WAKTU: 8.00pg - 1.00ptg
LOKASI: Bilik Latihan Khas MKFAI - Ulu Klang, KUALA LUMPUR

UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI:
ads

Sunday, 2 June 2013

Rahsia SPR Akhirnya Terbongkar..

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-13.

��SPR memang terlibat untuk kalahkan calon-calon kita. SPR bertanggungjawab untuk beri kita jawapan apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu. ��Ini rompakan (oleh SPR). Mereka ambil dan rampas. PRU-13 masih belum selesai. Kita mesti ambil hak kita balik,�� katanya pada majlis miunm petang KEADILAN Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana, semalam.

Wan Azizah menegaskan, persempadanan semula yang dibuat SPR akan sentiasa memenangkan calon Barisan Nasional.

Beliau turut memberi contoh keputusan parlimen Pekan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak pada PRU ke-10 pada 1999 dan PRU ke-13 tahun ini.

Pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999, Najib menang dengan hanya majoriti 241 undi, namun meningkat jauh kepada 35,613 undi majoriti pada PRU ke-13.

��Persempadanan semula menjadi masalah. Dia (SPR) pusing-pusing nak kalahkan kita. Ini takkan berubah.

��Teresa Kok (MP Seputeh) menang majoriti lebih 50,000 undi. Kawasan (dimenangi) BN menang hanya ratusan undi. Keduanya masih satu kawasan parlimen. Macam mana nilai undi kita?, soalnya.

��Kita mesti buat sesuatu. Orang Malaysia (jangan) mudah lupa. Lima tahun akan datang baru nak sibuk balik?

��Tak boleh! Kita tak boleh terima penipuan, tegas Dr Wan Azizah. ~keadilandaily


Iklan C (ii)