Sunday, 31 March 2013

Rahsia Pertemuan Papagomo Dengan MB Terengganu Terbongkar..

KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu. Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri, "Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki.

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu," ujarnya.Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012. "Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media. ~buletin online



Iklan C (ii)



Muhyiddin Umum Parlimen Bubar April

Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar."Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.




Iklan C (ii)



Anwar Bidas Najib..

KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.��Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? 

Sudahlah.��Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,�� kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.

Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.

Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.

��Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.��Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. 

Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?�� kata Anwar. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Saturday, 30 March 2013

Kes Bunuh Altantuya Akan Di Buka Semula


Mengulas mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan ianya tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya.

"Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baru tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah,"Dan hari ini dalam satu kenyataan media Presiden Majlis Peguam Christopher Leong telah menegaskan bukti baru adalah mencukupi untuk membolehkan Peguam Negara membuka semula kes tersebut.

"Pendedahan oleh Deepak dan juga Mendiang P. Balasubramaniam serta Americk Singh Sidhu adalah mencukupi untuk mewajarkan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

"Kes ini telah menyaksikan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Namun begitu persoalannya apakah Motif Altantuya dibunuh oleh mereka?..dan siapa arahkan Altantuya dibunuh??

Selagi UMNO/BN kekal berkuasa.. jangan diharap akan kes ini akan dibuka semula..

Persoalan yang sedang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia.. Apakah Motif Altantuya dibunuh oleh dua bekas anggota UTK itu pasti akan terjawab bila UMNO/BN tidak berkuasa lagi..

Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ini!! ~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)



Friday, 29 March 2013

Najib Tangguh Bubar Parlimen Lagi.. Ini Buktinya

PETALING JAYA: Nampaknya pembubaran Parlimen hanya mungkin akan berlaku selepas minggu kedua bulan April apabila mendapat maklumat Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan umrah pada minggu hadapan.Menurut sumber dalaman berkata Perdana Menteri dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan sama-sama mengambil  bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari kemudiannya.Bagi umat Islam, ibadah umrah kadang kala dilakukan untuk memohon panduan sebelum membuat sesuatu keputusan dan Najib telah melakukan (umrah) setiap tahun.

Terdapat juga spekulasi bahawa Perdana Menteri yang akan memasuki tahun keempat pentadbirannya Rabu depan, mungkin membiarkan lima tahun tempoh Parlimen yang akan berakhir pada 30 April ini sebelum pilihan raya diadakan.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Di samping melaksanakan umrah, difahamkan juga Najib juga akan melakukan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang tidak menghadiri mesyuarat ini, kerana Asean adalah asas kepada dasar luar negara. ~pulakdah



Iklan C (ii)



Cristiano Ronaldo Belajar Al-Quran dari Mesut Ozil



"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia(?zil) untuk ajarkan saya berwudhuk.- Cristiano Ronaldo-

"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut ?zil-





Iklan C (ii)







Rahsia Taktik Kotor Umno BN Untuk Menangi PRU13 Terbongkar..

KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.��Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. 

Mereka tetap akan meneruskan penipuan.��Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.��Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai.

"Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku,�� kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.Beliau berkata demikian pada Forum ��PRU 13, Ke Mana Malaysia?�� anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center~ (SIRD) danMalaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Tim!balan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

Mengulqs lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.��Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.��Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan,�� kata beliau.Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.��Dalam negara dunia ketiga ini, ��real�� politik itu tidak wujud.

Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.��Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.��Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita,�� tegasnya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Polis Mengakui Terima Arahan Pemimpin Umno Untuk Halang Treler Berkebajikan PAS?


GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini."Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama."Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi."Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam."Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi. ~harakahdaily



Iklan C (ii)








Thursday, 28 March 2013

Kerana Perhati Petugas Pasang Bendera KEADILAN Di Belasah Samseng Umno

BATU PAHAT : Tindakan samseng Umno Batu Pahat memukul remaja yang memerhati petugas KEADILAN memasang bendera, bukti keganasan dan dendam politik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu Pahat, Ezaddin Abd Rahman.

Remaja tersebut, Izwan Rahman, 17, ditumbuk dan disepak dimuka hanya kerana memerhati rakan-rakannya dari Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir di Batu Pahat membantu memasang bendera KEADILAN dan Pakatan Rakyat.��Mangsa hanya lalu dan berjumpa rakan-rakannya yang sedang memasang bendera.


Dia baru pulang dari bermain futsal.��Tiba di rumah, empat orang yang dikenali termasuk Ketua Kampung Jorak Elahi dan Ketua Cawangan Umno Jorak Elahi datang bertanya adakah dia terlibat dengan aktiviti pemasangan bendera.��Mangsa tidak mengaku kerana tidak terlibat. Tapi dia ditumbuk dan dipaksa mengaku.

Ini tindakan samseng politik,�� kata Ezaddin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 malam Rabu lalu.Justeru, satu laporan dibuat oleh Izwan bersama wakil KEADILAN Jorak Elahi, Mohd Firdaus Esa dan Ezaddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku keganasan.Kes kini dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fauzi Kamaruddin.

"Ini dendam politik Umno BN. Kerana sejak kebelakangan ini, sokongan kepada program KEADILAN mendapat sambutan. Sama ada ceramah, program bantuan dan khidmat sosial, penduduk Batu Pahat pergi kepada kita.��Mungkin kerana takut kepada pengaruh KEADILAN, mereka cuba ugut penyokong pula,�� kata Ezaddin yang juga Timbalan Ketua AMK Johor.

��Gangguan ini tak lunturkan semangat kami. Kita akan teruskan penerangan dan kempen untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Pahat,�� katanya. ~keadilandaily

Kisah Hidup Sebenar Papagomo.. Saksikanlah!!

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo, adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.��Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. 

Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun lalu.��Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,�� kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.Kedua-dua rekod daftar itu diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam.Sebelum ini juga, carian dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.

Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu di internet. ~harakahdaily




Iklan C (ii)










Umno Kantoi!! Rupanya Ini Kesan DUN NS Bubar Otomatik


Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008.Manakala sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya.Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS.Pada 11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).Ia menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Implikasi terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN.Dari sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun.Ini sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.

Ternyata dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak perlu dibubar atau terbubar secara automatik.Menurut penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388.Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah berakhir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8 Mac 2008.Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN.��Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa senjata,�� katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh ��tamat mandat�� sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA ��13).Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.Pentadbiran kerajaan sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau perjanjian jangka panjang.Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat negeri diketuai ketua pembangkang DUN memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.

Jika persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi selalu dilanggar BN y��ng terus menyalah gunakan kuasa setiap kali memegang status kerajaan sementara.Inilah masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam undang-undang tubuh negeri.Paling penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya.~mpr



Iklan C (ii)






Wednesday, 27 March 2013

Lagi Samseng Umno Bertindak Kurang Ajar.. Saksikanlah!!

PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

��Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).��Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,�� katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. ~keadilandaily





Iklan C (ii)






Panas!! Ketua Umno Bahagian Cheras Sertai Pakatan Rakyat?

KUANTAN, 28 Mac - Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Pahang?. Baru sahaja isu pembahagian kerusi pilihanraya dikecohkan akibat sidang media yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, kini timbul pula kontroversi terbaru yang pasi sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Ia berikutan tersebarnya poster ceramah yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) di laman sembang sosial facebook sejak lewat malam tadi. 

Poster yang bertajuk "Pidato Lahad Datu" itu kini telah disebarkan secara meluas dan ia menimbulkan berbagai tanda tanya sekarang ini. Benarkah Syed Ali kini telah menyokong Anwar dan salah seorang daripada pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti?. Pada paparan poster itu menyebut program berkenaan akan diadakan malam esok (29 Mac) diMarkas PKR Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini.

Program anjuran Pakatan Rakyat Pahang itu turut menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) danSulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan). Persoalannya, kenapa wajah pemimpin UMNO itu berada bersama di dalam poster terbabit. 

Apakah beliau sudah bersedia untuk berada sepentas dengan Pakatan Rakyat selepas melihat berbagai kontroversi dengan isu Lahad Datu agaknya?. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah menggempar negara apabila turut mengkritik tindakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dalam isu lembu National Feedlot Corporation (NFC). 

"Shahrizat perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti,�� tegas beliau dalam satu kenyataannya pada awal Disember lalu. Beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat. 

Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti. Kini, Shahrizat terpaksa akur dan telah pun berundur seperti yang disarankan oleh beliau. Maka itu, apakah kini beliau merasakan dirinya sudah tidak serasi lagi dengan UMNO dan bertindak naik ke pentas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini? ~pahangdaily online



Iklan C (ii)








Dalam Diam.. Rupanya Ini Kerja MB Pahang Selama Ini..

KUANTAN, 27 Mac �C Menteri Besar Pahang, Dato�� Sri Adnan Yaakob  baru-baru ini ada menegaskan betapa ketetapan dibuatnya agar apa-apa rancangan pembangunan tanah yang hendak diluluskan di negeri ini, mesti tidak membabitkan kawasan-kawasan rizab seperti tadahan air dan tanah Orang Asli.

Ia agar negeri ini menurutnya, dapat terus memelihara alam sekitar lalu menjamin kemapanan (sustainability) hutan, serta menjagai kebajikan dan hak-hak masyarakat minoriti Orang Asli yang telah diwartakan kawasan tanah mereka.

��Kalau kita (luluskan) rancangan pembangunan (tanah) satu tempat, pastikan tak terlibat tadahan air, tak terlibat rizab Orang Asli, tak terlibat sebarang rizab yang lain, hidupan liar sebagainya,�� tegasnya. Sungguhpun dengan ketetapan tegas begitu, Adnan akui, ia masih dilanggari yang puncanya ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu termasuklah mereka yang dilesenkan untuk melaksanakan kerja-kerja melibatkan tanah dan perhutanan.

��Tapi kadang-kadang manusia ni, susahlah kita nak cakap. Yang tamak tu, tamak jugalah,�� katanya dalam nada kesal. ��Katalah kita meluluskan (rancangan pembangunan) tanah itu satu (1) hektar untuk cucuk-tanam.

Kadang-kadang orang yang dapat tu ��bengkok��, dia akan buat sesetengah tempat, 10 hektar. Yang ada lesen (untuk) satu hektar, yang tak ada lesen 10 hektar. ��(Yang melibatkan pula) penebangan hutan. Ia ada syarat-syarat tertentu; pokok (yang hendak ditebang) ni (mestilah ukuran) lilitan sekian-sekian, cara tebang macam mana, tepi sungai jangan usik, ada ��buffer zone��nya,�� tambah Adnan lagi. ~pahangdaily



Iklan C (ii)