Friday, 22 March 2013

Kain Rentang 'Anwar' Bercium Di Turunkan Di JB


Belum puas nampaknya pencacai Umno menghina Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di laman sosial dan media, rupanya mereka kini beralih kepada sesuatu yang lebih 'berani'.

Dua kain rentang memaparkan lelaki kononnya Anwar dilihat bercium dengan seorang lelaki dipasang di sebuah taman perumahan di Johor Bharu, dua hari sebelum Anwar dijadulakan hadir di bandaraya ini.

Meletakkan slogan 'Selamat Datang Anugerah Tuhan & Selamat Datang Huguan Siou', ia dipercayai dipasang setelah Anwar berjaya memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan kehadiran lebih 10,000 orang.Ketua KEADILAN cawangan Johor Jaya, Jimmy Puah memberitahu bahawa kedua-dua kain rentang itu dikesan oleh ahli parti itu di Taman Megah Ria pagi semalam.

Anwar dijadual melawat ibu negeri Johor itu esok dan beliau dijangka akan mengumumkan calon KEADILAN bagi kerusi parlimen Johor Bahru dalam satu ceramah pada sebelah petangnya.Tidak ada nama pencetak atau mereka yang bertanggungjawab pada kain rentang tersebut. 

Juga tidak ada cop kelulusan majlis kerajaan tempatan pada kain rentang itu.Semasa lawatannya ke Sabah bulan lepas, Anwar "dianugerahkan" gelaran Huguan Siou oleh sekumpulan penyokong. Huguan Siou adalah gelaran bagi pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Anwar kemudiannya menafikan beliau sebenarnya dianugerahkan gelaran sedemikian.

Ketua Umum KEADILAN itu dirujuk sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden KEADILAN, semasa konvensyen nasional parti itu pada tahun 2010.Gambar kain rentang itu disiarkan dalam talian oleh penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo, yang berdepan dengan saman fitnah oleh Anwar terhadapnya. ~mkini




Iklan C (ii)



No comments:

Post a Comment