Tuesday, 30 April 2013

Dakwat Tak Kekal, Ini,Penjelasan BODOH Dari SPR

KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.

Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan itu. ~bernama



Iklan C (ii)

  

Punca Khairy Merajuk Dengan Umno Tersebar

Mungkin saya terlepas pandang atau kerana terlalu leka memerhati gerak kempen Pakatan Rakyat yang menyegar dan menyeronokkan maka tidak banyak saya memerhati apa yang berlaku dalam Umno. Sehingga kini setelah lebih seminggu kempen berjalan, saya tidak nampak kelibat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberikan fokus oleh media arus perdana alias penjilat buntut, aktif berkempen.

Kerja Khairy hanya main ambil-ambil gambar saja.Tidak ada rencana khas atau liputan khusus mengenai gerak kerja dan kempen oleh ketua pemuda yang tidak diberikan kuasa itu. Apa.. adakah interview khas dibuat oleh media massa itu memaparkan wawasan dan aspirasi pemuda Umno dalam pilihan raya kali ini? Kalau kalibat atau wajah senyum manis mesra Kamilia Ibrahim tidak ada di dalam media arus perdana atau 'talibising' tidak anih dan pelik lagi.


Kamiliah sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno, meletakkan semua jawatannya dalam Umno sebelum Umno mengutus surat memecatnya.Kamilia sudah hilang sabar dan wajar kerana Umno tidak pernah menilai beliau dan wanita yang banyak memberi sumbangan kepada Umno. Jadi adalah sesuatu yang tolol kalau beliau masih bersetia, berkhidmat kepada parti yang pemimpinnya tidak mempedulikannya dan bertindak piliha kasih dan masih mendengar kata syarahan lembu betina tua. (Maaf).

Tetapi tidak dengan Khairy Jamaluddin. Khairy masih menjadi calon UBN di Rembau Negeri Sembilan. Khairy masih diberi peluang bertanding walaupun beliau sendiri membayangkan tidak mahu bertanding sebelum ini (mungkin juga kerana amalan kronisme dan nepotime dalam Umno).

Dia bernasib baik sedikit daripada Kamilia Ibrahim. Apakah kerana dia menantu bekas perdana menteri, sedangkan Kamilia tidak, maka beliau masih diberi peluang? Atau pun kerana Khiary membela Sharizat Jalil yang terpalit tahi lembu suaminya, maka dia diberi bertanding?Sungguh pun begitu kehadiran Khairy tidak membawa apa-apa makna dan erti kepadanya.

Tanpa memberi beliau bangkit dan bangun melemparkan idea dan wawasan hati nurani pemuda ia tidak memberi apa-apa maksud. Khairy atau Pemuda Umno tidak diberi peluang berkempen atau menerangkan apakah misi dan visi pemuda. Khairy semacam 'digam' oleh Umno dari berkempen. Pengekalan Khairy di Rembau itu pun bagi mengelakkan Umno dituduh zalim kerana tidak beri kerusi kepada ketua pemuda. Walhasil Khairy ini hanya menampal posternya di Rembau saja.

Umno membazirkan tenaga wanita dalam pilihan raya kali ini.Tidak seperti dalam pilihan raya ke-12 lalu. Khairy dan pemuda membentuk jentera khas. Pemuda menjadi kepala kepada jentera kempen untuk UBN dan memainkan peranan besar menggerak sedarkan rakyat khususnya golongan belia. Di Kelantan Khairy dan pemuda menyediakan slogan khas untuk menumbangkan PAS berbunyi "18 Tahun Pade Dah".Soal selepas itu UBN kalah teruk sehingga gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan hilang lima empat buah negeri itu soal lain. Kegagalan itu tidak boleh disalahkan Khairy seorang, kerana yang mengucarkacirkan keadaan dan berdoa siang malam dan bermunajat memohon Tuhan kalahkan Umno ialah bekas presidennya sendiri Mahathir bin Mohamad.

Hasil tindakan tidak profesional dan politik reban Mahathir itulah menyebabkan Umno hari ini macam cacing kepanasan untuk memperolehi kemenangan 2/3 di parlimen.Apapun alasan dan muslihat Mahathir berbuat demikian satu pengkhianatan kepada Umno. Anihnya ahli-ahli Umno seakan merestui dan bersetuju pula kepada Mahathir.

Dan hari ini apabila Umno macam cacing kepanasan untuk menang 2/3 Mahathirlah yang sepatutnya disalahkan. Tetapi sebaliknya hari ini yang disanjung dan diberi muka sepenuhnya oleh Najib ialah Mahathir. Tindakan Najib ini 'songsang kalak' dan salah. Beliau tidak bijak membaca keadaan semasa dan memahami saraf politik mutakhir.

Zaman orang ingin perubahan, sepatutnya orang-orang macam Khairy harus diketengahkan dan diberikan peluang seluasnya membawa aura parti memaparkan citarasa dan naluri kaum pemuda.Apabila Najib mengambil Mahathir menjadi pengarah de'factor pilihan raya ke-13 untuk UBN, Najib telah melakukan kesilapan besar dalam sorak sorai kononnya bijak kerana memilih Mahathir yang dilihat popular daripadanya.

Najib dan mereka yang berada dalan war room Umno tidak memhami serta mengkaji sejauh mana populariti Mahathir dapat menarik pengundi muda khasnya.Najib tidak sedar yang memuja dan meletakkan Mahathir persis dewa adalah dari kalangan anak-anak muda yang dengki dan cemburu dengan kehebatan fikir Khairy. Mereka tidak mampu berdepan dengan Khairy maka mereka mencari perlindungan berteduh di bawah ketiak hangit Mahathir.

Mahathir menjadi ibu ayam kepada mereka menjadi si anak-anak ayam yang kesejukan.Cara Najib memberi peluang dan mempercayai Mahathir itu juga tanpa disedari Najib bertindak untuk membunuh dirinya sendiri. Kalau takdir Umno menang besar (memang rohok nampaknya) yang akan mendapat kredit nanti ialah Mahathir bukannya Najib. Mahathir amat menanti-nantikan keadaan itu bagi memudahkan dia terus berkuasa dan menyediakan peta politik Umno masa akan datang.

Niat utamanya meletakkan anaknya Mukhriz di kerusi teratas sebagai legasinya. Selain itu Mahathir juga memerlukan kemenangan kerana kemenangan UBN menjadi protect kepada dosa-dosanya.Cuba buat pengundian di antara Khairy dan Mahathir mengenai wawasan atau aspirasi di kalangan golongan muda, siapa yang akan dipangkah.

Apakah Mahathir ataupun Khairy. Suburk-buruk Khairy dia mewakili generasinya. Dia memahami cita rasa, denyut nadi dan naluri pemuda. Kalau Khairu kencing berdiri pun perbuatan itu masih kelihatan manis. Kalau Mahathir...Khairy juga masih boleh hafal fesyen-fesyen rambut, fesyen seluar dan baju terkini atau masih boleh dan ingat sebut nama-nama terbaru jenis arak? Walaupun Mahathir cuba bercakap dengan nada muda, dan 'mejanggak' (makeup) wajahnya, tetapi pemikiran, pembawaan Mahathir tetap lama.

Mahthir mnungkin tidakn arif dengan nama-nama arak berneama baru melainkan ingat nama syarikat arak San Miguel di Filipina saja.Tenguk saja kepada pemikiran dan kepercayaan politiknya. Bahan-bahan kempen dan propagda dilakukan Mahathir masih cara tua, klasik dan sempit. Apabila dia bercakap Pakatan Rakyat disusun kerana hendak dapat kuasa, jelas menunjukkan 'kemamaian' akal politik Mahathir.

Apakah dia lupa tujuan MCA, MIC dan 13 parti lain disusun duduk bersama Umno dalam BN bukan untuk mendapat kuasa? Inilah dikatakan nyanyuk kelas 'dogel' tetapi masih diakui waras oleh sesetengah ahli Umno dewasa.  Mungkin ahli Umno yang disifatkan Inchek Ibrahim Ali, iaitu hanya orang gila saja meyokong Umno dan BN.Khairy atau pemuda tidak akan bercakap demikian. Khairy akan bercakap soal kebebasan politik dan teknik-teknik berfikir secara tuntas dan masa depan negara untuk 100 tahun lagi.

Khairy akan membawa pemuda merombak dogma lama politik berasaskan kepadaras, agama dan juga kepentingan-kepentingan peribadi berbentuk ekstermis perkauman dan sebagainya. Orang seperti Khairy mahukan kedinamiksme dan keterbukaan. Itulah juga kehendak dan corak pemikiran orang muda.Tetapi sayangnya Khairy tidak diberi ruang seadil-adilnya sesuai dengan statusnya selaku Ketua Pergerakan Pemuda. Dia dinafikan dan senyap membisu seolah-olah dia juga bertanding Bebas seperti Kamilia.

Bagi saya pembekuan Khairy dan idea pemuda untuk pilihan raya kali ini satu kesilapan besar.  Sebanyak 2.3 juta pengundi muda tidak mendapat apa-apa benefit dari UBN kerana menu atau jaudahnya untuk akalnya tidak disediakan. Tiada sesembahan khas buat mereka.Ini berbeza degan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakuyat memberi prioriti kepada golongan muda. Pemberian ruang dan penampilan sepenuhnya Mohd Rafizi Ramli amat menyeronokkan golongan muda.

Penurunan harga kereta, pembiayaan pembelian rumah, penghapusan PTPTN, insurence,  penghapusan tol dan sebagainya adalah menu-menu atau juadah yang disokong oleh anak muda yang mahukan kebebasan dan hidup tanpa beban yang tidak tentu fasal. Pengarah Strategi PKR itu dijadikan modal dan sandaran oleh Pakatan Rakyat bagi mendapat sokongan padu golongan muda. Tidak syak Rafizi adalan ikon baru anak muda Malaysia.Cempedek sudah menjadi nangka. Masa masih ada.

Mungkin Najib boleh memberi ruang kepada Khairy untuk berkokok bagi menyegarkan minda dan semangat anak-anak muda pada saat-saat akhir. Tukarlah Mahathir dari menjadi pemikir kepada UBN kepada Khairy, cukup walauapun untuk tiga hari di hari-hari terakhir ini. Berikan modal secukupnya untuk Khairy bergerak dan membuat ledakan akhir.Kelesuan pemuda ini sangat terasa apabila wanita juga tidak menonjol dan sunyi. Selalunya pemuda bergabung dengan ibu mereka, Wanita. Penggabungan ini pula menjadi lebih besar dan bersemangat dan 'jelingah' campur gelenyer lagi bila puteri juga ikut sama 'berbedak' dan 'bergincu' untuk berpilihan raya.

Apabila Kamilia mengambil keputusan bertanding bebas, wanita Umno seluruhnya jam dan bterkedu. Mereka terperanjat bagaikana dipanah halilintar. Mereka hilang kompas dan putus tali hayat. Wanita semacam dalam bergabung kerana kehilangan dua tunggak utamanya dalam pilihan raya kali ini Sharizat lembu dan Kamilia.Oph...Sharizat masih ada, tetapi hamis dan hampak tahi dan kencing lembu suaminya menjadikan wanita kotor dan berlegah macam ketiak Singh jadi driver trelar gara-gara dan ulah (fiil perangai) Sharizat itu.

Puteri wanita pula bila pemuda senyap dan ibu mereka diam membisu, mereka juga menyepi dan lemah semangat hanya mampu mengutis kuku yang kepucatan. Selalunya puteri Umno jadi merah pipi dan meremeng bulu perut bila melihat kejantanan pemuda Umno dalam memakin hamun pembangkang semasa kempen. Tetapi kali ini tidak berlaku.Kesimpulannya tiga sayap utama dalam Umno; pemuda, wanita dan puteri semacam tidak diberi peluang dalam pilihan raya kali ini. Mereka diganti dengan aktifnya oleh Mahathir, Najib dan Muhyiddin Yassin. Naib-naib presiden lain juga tidak berbuat apa, hanya memakan pisang emas di bawah dapur sahaja, kecuali Mat... Mat mana lagi kalau tidak Mat Mat Maslan yang masih menyalak sekali sekala atas pokok jambu. ~mso



Iklan C (ii)

  

Berita Ni Pasti Tak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno

SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

  



Dalang Sebenar Tragedi 13 Mei Terbongkar..


Dato�� Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969.

Lihat video pendedahan oleh Tamrin Ghafar Baba.. saksikanlah!!







Iklan C (ii)

  



Apabila MB Di Panggil Pakcik

��ASSALAMUALAIKUM,�� laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan.

Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara. Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka.

Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.��Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,�� kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: ��Hang tau dak saya ni sapa?����Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,�� jawab si anak muda, jujur.��Tak pa, hang boleh tanya depa ni,�� balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.

Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: ��Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah.��Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya.��Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat.

Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik,�� kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik menteri besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar.

Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong.��Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor.

Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu,�� kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.

��Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq.

Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual,�� katanya.Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, ��mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.

��Selepas makan, saya bertanya kepada setiausaha politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz tak buat kenduri di Alor Setar?Jawab Sanusi: ��Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah.

Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang.��Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja,�� katanya.

Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya.��Sebagai menteri besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah.

Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya,�� katanya.Cerita mengenai Ustaz Azizan mengingatkan saya kepada Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, MB Kedah kelapan yang memerintah antara 1999 hingga 2005.Syed Razak adalah contoh pemimpin yang sangat ��down to earth��.

Sudah banyak kali saya lihat sendiri cara Syed Razak berdepan dengan rakyat yang mendorong saya buat kesimpulan, dia pemimpin yang sangat baik, bukan buat-buat baik!Ketika hadir kenduri di sebuah kampung di Kubang Rotan, belum pun kami yang lain sempat keluar dari kereta, dia awal-awal saya lihat sudah menyeberang titi usang untuk ke rumah kenduri di seberang tali air.

Tiba di rumah itu, dia cuba bersalam dengan 100 peratus orang yang ada, tidak kira siapa pun mereka hingga ditegur oleh seorang lelaki, ��Datuk tok sah (tak usahlah) dok mai la bersalam dengan kami ni, Datuk tu menteri, kami ni gedohok (pembantu kenduri) saja. Datuk tok sah mai tang ni, sat gi kotoq habih seluaq kasut!��Lalu dijawab oleh Syed Razak: ��Hangpa jangan dok kata lagu tu! Tak dak hangpa, tak dak kenduri.��Selepas habis bersalam, dia melangkah masuk ke dalam rumah kenduri tanpa sebarang rasa kekok.

Gayanya menunjukkan dia sudah terlalu biasa dengan tuan rumah, orang kampung dan juga keadaan di  rumah itu.Rupa-rupanya Syed Razak mencari seseorang - tuan rumah - yang uzur dan terbaring di katil berhampiran dapur.

Melihat menteri besar datang, lelaki warga emas yang membahasakan dirinya sebagai Pak Long cuba untuk bangun.Ketika tangannya diurut-urut oleh sang menteri, Pak Long berkata: ��Pak Long ni sabit (bersebab) tak mengaji (bersekolah tinggi).

Kalau tidak, Pak Long tak biaq kat dia ni (Syed Razak) jadi menteri besaq, Pak Long pun nak jadi (menteri besar) jugak.��Kata-kata Pak Long dibalas oleh Syed Razak: ��Orang tua ni, dok terkedang (terbaring) atas katil pun nak bercakap politik lagi.

Sudah-sudahlah tu ...��Kami semua tertawa.Apa yang dapat anda simpulkan jika anda berada di tempat saya?Ini satu daripada banyak peristiwa menyentuh hati saya mengenai  kemesraan Syed Razak.Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.

Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang ��down to earth�� seperti Syed Razak?Selamat mengundi! ~sinar harian

Manifesto Pakatan Rakyat Di Terima Rakyat.. Ini Buktinya


SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.
Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. ~sinar harian



Iklan C (ii)

  

Faizal Tahir Kena Belasah Pulak Dengan Tun Faisal, Ketua Unit Media Baru BN


Semalam Faizal Tahir telah membelasah  Norman KRU, tetapi hari ini Ketua Unit Media Baru dari Umno BN, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang bestnya adalah jawapan dari Faizal Tahir yang mematahkan hujah Tun Faisal. Saksikanlah printscreen di atas iaitu Tun Faisal membelasah Faizal Tahir.

Manakala di bawah pulak ialah printscreen jawapan dari tweet Faizal Tahir. Jawapan yang meamtikan hujah Tun Faisal. Faizal Tahir... anda memang BERANI..




Iklan C (ii)

  

Monday, 29 April 2013

Ahmad Idham Pula Belasah Norman KRU

PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.


Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.

��Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.


Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.

Pemikiran sempit

Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek. ~mStar



Iklan C (ii)

  

Bukti Terbaru Umno BN Terdesak Pertahan Putrajaya Tersebar

Tak cukup dengan bekas perdana menteri dan bekas timbalan perdana menteri, seorang lagi tokoh besar Umno pun turut tumpang semangkuk, membayangkan bahawa Barisan Nasional (BN) cukup terdesak untuk mempertahankan Putrajaya.

Terbaru, Daim Zainuddin menyelar Pakatan Rakyat sebagai ��pakatan keliru�� dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ��penipu besar�� malam tadi, selepas bekas menteri kewangan itu menjadi veteran BN terbaru berkempen di Putrajaya.

Daim berkempen untuk calon BN di Putrajaya itu tiga hari selepas Mahathir Mohamad melakukan perkara serupa.

BN juga menggunakan bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam untuk berkempen menjelang pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.

��Bila nak pilih kerajaan mesti pilih yang baik, bukan yang nak menjahanamkan ... Keliru tak habis-habis, kerana mereka yang keliru. Jangan percaya yang keliru ni, nanti kelak merana,�� kata Daim di sini merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menuduh Anwar sebagai tidak kompeten semasa menjadi menteri kewangan pada awal 90an, mengatakan Anwar terpaksa merujuk kepadanya hampir setiap hari tentang bagaimana untuk menguruskan kementerian tersebut.

Daim merupakan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 dan Anwar mengambil alih selepas itu. Beliau kembali ke jawatan tersebut pada 1999 selepas kononnya membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997.

Beliau mengatakan Anwar menipu dan menggunakan namanya untuk mendapatkan sokongan ketika mahu merebut jawatan timbalan presiden Umno yang melayakkan beliau untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bercakap kepada hadirin yang kebanyakkannya ahli dan pekerja parti, Daim menggesa penyokong BN di Putrajaya untuk bersatu dalam pilihan raya 5 Mei dan mengundi Adnan untuk mengalahkan calon PAS, Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu.

��Yang boleh menyelesaikan masalah ni cuma Adnan je, dia setiausaha agung Umno ... Presiden Umno pula ialah perdana menteri,�� katanya.

Daim membuktikan dirinya masih popular apabila ratusan hadirin di Presint 8 di pusat oentadbiran kerajaan persekutuan itu mengejutkannya dengan lagu ��Selamat Hari Jadi�� awal malam tadi.

Hadirin walau bagaimanapun, sangat kurang daripada ketika Mahathir memberikan ucapan di Presint 9 minggu lepas.

Lebih kurang 15,000 pengundi, kebanyakkannya penjawat awam akan mengundi di Putrajaya yang di lihat sebagai kubu kuat kerajaan.

Sehari sebelum itu pada Ahad, Daim muncul dalam muka depan akhbar harian berbahasa Melayu kawalan rejim Umno, Mingguan Malaysia, di mana beliau menjangkakan kekalahan Pakatan Rakyat.

��Saya melihat pembangkang tidak akan menang kali ini kerana mereka ada banyak perbeaan. Dalam banyak hal mereka gagal berpakat.

��Kita lihat bukan sahaja soal pembahagian kerusi dan calon, ini termasuk perbezaan antara prinsip perjuangan,�� kata beliau kepada akhbar itu. ~jalan pulang



Iklan C (ii)

  

Laman Web Harakahdaily Kena Godam


Nampaknya Barisan Nasional sudah memulakan taktik kotor mereka dengan cara menggodam laman sesawang rasmi Harakahdaily. 

Laman web yang menjadi lidah rasmi Parti Islam, PAS itu sebentar tadi menyiarkan artikel yang dipercayai bukan ditulis oleh pengendali asal laman web tersebut atau dengan kata lainnya ia telah digodam (hacked).

Harap pihak pengendali laman Harakahdaily segera mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. ~milosuam



Iklan C (ii)

  

Wajib Baca!! Bingkisan Penjawat Awam Di Putrajaya


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini. ~detikdaily



Iklan C (ii)

  


Blogger Milo Suam Di Buru Polis

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

"RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. 

Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.

Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. ~bernama

Addin :

Kepada blogger Milo Suam, diharap tabah menghadapi saat-saat getir sekarang. Diharap pemimpin PR dapat memberi bantuan seberapa segera. Tunjukkan solidariti kita ketika berhadapan kekejaman pemerintahan Umno BN.



Iklan C (ii)

 


Mahathir Optimis Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya?

PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

��Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,�� kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

��Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

��Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,�� kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada ��orang yang tak sepatutnya.��

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.

Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria ��orang yang tak sepatutnya�� bagi Mahathir.

��Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,�� kata satu sumber Umno kepada Harakahdaily.

��Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,�� kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.

��Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,�� nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

��Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,�� nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)