Tuesday, 23 April 2013

Projek 'Cabut Lari' Najib Selepas PRU13 Terbongkar..


PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa ��sulit�� di Cayman Islands.

Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

��Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.

��(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB,�� kata Rafizi. ~mkini




Iklan C (ii)



No comments:

Post a Comment