Friday, 31 May 2013

Najib Di Tipu Penasihatnya?

Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

"Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah. 

"Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya. 

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

"Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pewujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya. ~bernama

Addin :

Terkuat di kawasan kampung,luar bandar, felda, kawasan org asli, pendalaman yg juga kawasan org tak berpelajaran dan miskin, bagi cerdik pandai dan penduduk bandar menyokong PR! Dima UMNO kuat disitu Melayu merempat..




Iklan C (ii)
  

Najib Di Singkirkan Pada Pemilihan Umno Kali Ini?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak - ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: "Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerusi Parlimen yang diperolehi BN merosot kepada 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi (140) daripada pilihan raya umum tahun 2008.

Manakala Pakatan Rakyat memperolehi 89 kerusi Parlimen berbanding dengan 82 pada 2008.

Berikutan itu, sepertimana 2008, BN juga gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini telah meminda perlembagaan itu dengan menghapuskan sistem kuota untuk sebarang jawatan parti itu termasuk jawatan presiden, mulai pemilihan parti itu yang dijangka hujung tahun ini.

Sebelum itu, jumlah kuota pencalonan diperlukan untuk layak bertanding bagi jawatan tinggi parti, iaitu:

1. Jawatan presiden: 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian);

2.Timbalan presiden (20 peratus/38 bahagian);

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian);

4. Ahli Majlis Tertinggi (5 peratus/10 bahagian);

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian); dan

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).

Cabaran bagi jawatan tertinggi parti itu bukanlah perkara baru dalam Umno. Sejarah parti telah menyaksikan dua kali presiden parti dicabar pada tahun 1978 dan 1987.

Pada 1978, Tun Hussein Onn telah dicabar oleh Datuk Sulaiman Palestin yang merupakan seorang tokoh Umno yang lantang dan pernah memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dan ketua Penerangan Umno.

Hussein mengekalkan jawatan dengan memperolehi 898 undi manakala Sulaiman mendapat 250 undi.

Manakala tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

Mahathir berjaya menewaskan Tengku Razaleigh dengan 40 undi, tetapi pertandingan itu telah memecahkan Umno dan parti itu diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 April, 1987.

Sementara itu, bercakap lanjut, Najib mengumumkan sekretariat lembaga disiplin Umno menerima 99 aduan sabotaj pada PRU13 dan aduan itu akan disiasat dan diputuskan jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno.

Mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal dan bukan sebuah gabungan parti, Najib menegaskan perkara itu perlu turut mengambil kira pandangan dan penerimaan ahli-ahli Umno.

"Kita perlu adakan perbincangan peringkat makmal (BN) dan perlu juga dibuat tinjauan di kalangan ahli Umno.

"Apa-apa perubahan mestilah berdasarkan penerimaan ahli-ahli Umno sendiri," kata Najib. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  


Penjelasan 'Tauke' Pil Kuda Dan Ulasan Din Ayam

Di bawah adalah kenyataan rasmi calon PKR Seberang Takir yang telah dituduh menjual pil kuda sehingga telah diletak calon PAS untuk bertanding 3 penjuru di DUN Seberang Takir.

Bukan setakat itu, tuduhan palsu itu telah diulang di dalam sebuah ceramah yang kemudiannya ceramah tersebut disiarkan ke seluruh Malaysia oleh media UMNO berulang-ulang kali.

Selamat membaca.

TULANG BESI

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman
TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA
Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.
Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya ��KLINIK NABILA�� yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.
Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.
Sekian pernafian saya
Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Di bawah pula adalah kenyataan dari Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Ustaz Din Ayam merangkap menantu kepada Presiden PAS

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI
Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.
Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13?
Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?
Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun.
Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.
Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM.
Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR.
Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi.
Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.
Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes.
Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. 
Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.
Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding.
Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.
Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO.
Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ��lari tidak bertempat��.
Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ��screening�� lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ��suspek penjual pil kuda�� juga diambil sebagai calon.
Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.
Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ��kuasa��. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding.
Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon.
Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.
Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.
Zaharudin Muhammad.




Iklan C (ii)
  


Najib Pening, Menterinya Mula Tunjuk Belang

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut. Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf)."Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam.

Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.

"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.

Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.

Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  



Ketua Pengarah Imigresen Tak Bermoral

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

��KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara,�� kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran.��Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara.

Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih.��Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi,�� tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenaraihitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

��Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka,�� bidas Nik Nazmi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  



Thursday, 30 May 2013

Punca Kekalahan PAS Dalam PRU13 Tersebar


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)
  



Safwan Anang Di Bebaskan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.

��Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh,�� kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan.

Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik.Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.

Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.

Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.

��Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau,�� katanya kepada Keadilandaily. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  



Ustaz PAS Sokong 100% Pelaksanaan AES



Hebat cadangan ustaz ni.. Macamana parti pemerintah Umno BN..dengan mandat yang rakyat berikan masa PRU13 tempohari.

Inilah masanya nak cari pemikir-pemikir dan ulama-ulama ISLAM dalam negara dan luar untuk berbincang melaksanakan hukum Allah ini di bumi MALAYSIA....






Iklan C (ii)
  



Gambar Pemimpin DAP Berbaju Melayu Tersebar..


Ronnie Liu.. yang di gelar komunis, racist, anti melayu, anti islam dan sebagainya...





Iklan C (ii)
  



Pakatan Rakyat Cipta Sejarah

SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.��Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,�� katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.

Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.��Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor,�� jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

��Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang  35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,�� katanya. ~keadilandaily


Iklan C (ii)
  



Khir Toyo Kekal Di Sumbat Dalam Penjara 12 Bulan

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara.

Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa."Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.




Iklan C (ii)