Monday, 20 May 2013

Patutkah Air Asia Bertindak Sebegini?


Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9.00 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak pantau tahap kesihatan Maryam apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan.

Baca kisah lanjut di SINI.




Iklan C (ii)
  

No comments:

Post a Comment