Monday, 15 April 2013

"Ini Berita Syaitan" - Dr. Juanda Jaya



"Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

"Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali ini.

Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR


KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008. ~mstar




Iklan C (ii)




No comments:

Post a Comment