Sunday, 5 May 2013

(Kemaskini) LIVE!! Ketua Pemuda PAS, Ust. Nasrudin Tantawi Menang Di Parlimen


Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

LAPORAN LANGSUNG

11.43: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.DAP - 33,863BN - 26,499DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:DAP - 28,058 BN - 16,192 Bebas - 137Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.DAP - 29,942BN - 19,3659.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).PKR - 23,125BN - 19,580 Bebas - 126Undi yang dijumlahkan: 59.55% 9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen �C Serian �C yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.

9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.

9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.DAP - 22,312BN - 15,007
8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

Jumlah pengundi: 37,787

7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).

PKR �C 9, 845
BN �C 4,117 

7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

DAP - 3,180
BN - 655

Jumlah pengundi: 13,848

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:

Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN). 

PKR - 5,855 
BN �C 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369 
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914


7.47pm: TAK RASMI: Tengku Adnan menang di Putrajaya

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;

Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914

7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131
BN - 3731

Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804 
PAS - 4366

Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642 

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ��Pakatan Rakyat telah menang��.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.

Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm: Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak.

BN - 6,379
DAP - 25,305

7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai. 
DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini.

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.
BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

7.07pm: Chong Chieng Jen (DAP) sedang mendahului calon BN Tan Kai (BN) di Bandar Kuching, Sarawak.
BN - 3,328
DAP - 6,247

Sementara itu, Julian Tan Kok Ping (DAP) juga mendahului Yong Koon Seng (BN) dan Soo Lina (Star) di Stampin.
BN - 3,565
DAP - 6,115
Bintang-3

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.
BN - 1,354
DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.
DAP - 1,499
BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal.
DAP - 820
BN - 171

Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini.

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di kerusi Parlimen Kulai di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)
DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).
BN - 1,532
DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).
6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.

~mkini



Iklan C (ii)

 

No comments:

Post a Comment