IPOH 12 MEI: Program Blackout 505, ��Suara Rakyat Suara Keramat�� peringkat negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam ini.
Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi di negara ini.Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.
Himpunan ��Black 505�� peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)Himpunan ��Black 505�� turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei. ~keadilandaily
No comments:
Post a Comment