KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL : AYUH NYATAKAN BANTAHAN , NYALAKAN LAMPU KENDERAAN TANDA PROTES.
Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang pada 5 Mei lalu. Lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh En Abdul Wahab Mohamed, Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.
Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari belum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.
Tindakan SPR ini seolah membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara
SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.
Rakyat mahukan penjelasan lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang ?
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan.
Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.
Sekian, wassalam.
Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya
PAS Wilayah Persekutuan.
PAS Wilayah Persekutuan.
06 Mei 2013
No comments:
Post a Comment