Thursday, 9 May 2013

Ucapan Sulung Dari YB Sulung PAS

MELAKA: Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Idris Haron sebagai Ketua Menteri (KM) Melaka yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Selasa lalu.

Md Khalid berharap Idris dapat memenuhi hasrat rakyat Melaka seluruhnya untuk mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Saya selaku Adun PAS dan Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk memberikan kerjasama bagi memenuhi hasrat tersebut.

��Semoga Ketua Menteri yang baru ini akan dapat memainkan peranan beliau dengan sebaiknya dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Melaka tanpa mengira apa juga fahaman politik," katanya yang merupakan Adun sulung PAS di negeri ini kepada Harakahdaily hari ini.

Khalid juga mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan keadilan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan memberikan peruntukan khas kepada mereka tanpa mengira parti yang mereka wakili.

��Sebelum ini saya difahamkan hanya Adun BN sahaja yang mendapat peruntukan dari kerajaan negeri manakala Adun pembangkang langsung tidak mendapat peruntukan tersebut.

��Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan telus diharapkan kerajaan Melaka yang baru tidak mengulangi kesilapan kerajaan negeri sebelum ini,�� tegas Khalid.

Beliau berharap Ketua Menteri Melaka yang baru lebih mengamalkan sifat terbuka dan adil kepada semua rakyat khususnya dalam pentadbiran institusi masyarakat seperti jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), jawatankuasa masjid dan surau dan lain-lain.

Menurutnya, bantuan-bantuan kebajikan juga mesti diagihkan dengan adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit. ~harakahdaily

Addin :

Ucapan sekalung tahniah buat YB Dr. Khalid Kassim dan jentera PAS kawasan Bukit Katil di atas kemenangan yang terindah ini. Moga memberi khidmat terbaik buat rakyat DUN Bukit Baru.. Takbir!! ALLAHU AKHBAR!!



Iklan C (ii)

 


No comments:

Post a Comment